TAMAN IMPIAN EHSAN


Taman Impian Ehsan ni agak luas, terbahagi pada beberapa kelompok pangsapuri, apartment, teres dan lot-lot kedai. 

👉 Google Map

Jalan utama, Persiaran Impian yang bertemu di Lebuhraya Silk memang jem giler pada waktu puncak, tambahan dengan menara-menara baru yang rancak dibangunkan sepanjang lebuhraya. 

Isu panas di sini satu masa lalu ialah putus bekalan air yang agak lama, dan isu bazar Ramadhan, tentu ramai masih ingat, menjadikan Taman Impian Ehsan agak terkenal 😊

👉 Google Map - Apartment Kenari 

Tak adil kalau aku tak felai kat sini. Lama juga aku menetap kat sini, 2007~2016. Jiran-jiran dan komuniti sini bagus-bagus. Yang seronok kat sini, masyarakat Bawean kalau buat majlis kahwin memang meriah. Malam ada konsert pertandingan kumpulan Nasyid persembahan oleh anak-anak remaja; siangnya pula konsert dangdut.. 
Penduduk dari taman-taman berjiran merancakkan lagi aktiviti niaga kat sini, pusat beli-belah yang boleh dikatakan serba lengkap. 

👉 Google Map - Padang Taman Impian Ehsan

Padang komuniti antara lokasi sesuai aku mula belajar felai dgn dron Syma X8W.   Pernah crashed beberapa kali kat padang ni.. 
Tempat jatuh lagi dikenang.. 



Video ni dirakam secara auto fly, auto kamera control, menggunakan mission planner - aplikasi DroneHarmony AG. 
Menggabungkan 2 mission plan -  merangkumi masa terbang 12 minit, jumlah jarak 3.2km. Drone - Phantom 3 Standard. 

No comments:

Post a Comment