Koleksi Auto Pilot DroneHarmony Waypoint


Selepas Litchi buat ragam, rancangan nak rakam landskap dengan mission planner terbantut sekejap, sampai aku jumpa app DroneHarmony ni. Selepas buat beberapa test, dan meyakinkan, hasrat nak buat aerial tour secara auto pilot tercapai juga. Hampir 100% shots boleh digunakan, fly lebih singkat, rakaman lebih tepat, bateri lebih jimat. Purata 1 mission plan mengambil masa antara 5-8 minit sahaja, bergantung jarak laluan. 
Maksima jarak paling selamat sekitar 600m dengan ketinggian 90-120m. DroneHarmony mission planner akan trigger mod 'Failsafe Auto Return' apabila signal terputus lebih 3 saat. (Litchi mission planner pula ada option, samada Hover, RTH, atau teruskan misi sampai waypoint akhir). 

Ujian pertama jarak jauh 
mission planner DH
Balakong Jaya
Selepas uji beberapa kali berjalan baik, aku dapat keyakinan tinggi dgn mission planner DroneHarmony (DH) ni. Ujian jarak jauh pertama di lokasi yang biasa aku felai. Maksima jarak plan ni 580m (subjek - tasik kelab). Untuk mengekalkan rc signal dan imej feed (P3s guna wifi untuk video uplink dan downlink) pada jarak ini, aku set ketinggian drone 90m. Alhamdulillah semua berjalan lancar sampai selesai penggambaran ini.
Di hujung video ni, aku sertakan sekali ujian mod 'CIRCLE' (orbit) yang ada dalam katalog features DH. 

Outing kedua : Paya Jaras Dalam
Aku lebih berminat fly untuk rakaman lanskap aerial view. Lepas ujian jauh berhasil tanpa masalah, aku tambah yakin dengan DH Waypoint ni. Bercuti di kampung, aku ambil kesempatan lakar mission planner untuk lanskap Kampung Paya Jaras Dalam dan sekitar sungai, Sungai Buloh. Pecah 2 plan, plan 1 lanskap hilir sungai, dan plan 2 lanskap hulu sungai. Kedua-dua mission plan cover dalam radius 500m sahaja. 

Autonomous Flight with POIs. 

Mission Plan 1 - 1613m 5 minutes 
Mission Plan 2 - 1089m 3 minutes
Jumlah jarak - 2.7km

DH Auto Flight Plan 3
Paya Jaras Tengah (barat) 
Hasrat aku memang nak lengkapkan aerial view kampung halaman aku ni. Kalau tak kita sendiri, siapa la yang nak abadikan pemandangan kampung kita dari udara macam ni. Sekurangnya dapat juga berkongsi pada warga kampung, mungkin juga menjadi bahan rujukan generasi akan datang. Pembangunan sangat pantas, lanskap akan berubah dengan landmarks baru. 
Sebelum ni cuma dapat rakam secara manual, kurang tersusun dan kurang 'cinematic'. Dengan menggunakan mission planner, footage lebih tersusun dari satu 'fly by' ke satu 'fly by' ke atas subjek pilihan (point of interest). 
Kali ni siapkan lanskap Paya Jaras Tengah (bahagian barat) termasuk sebahagian Paya Jaras Hilir, Taman Sri Buloh, Paya Jaras Permai, Perumahan PKNS dan pusat komuniti. 

P3s + Drone Harmony Waypoint 2.3km 8 mins Auto Flight

Paya Jaras Tengah Bhgn 2 (timur) 
Melengkap sebahagian lagi karyah Paya Jaras Tengah, tertumpu sekitar Jalan Rahdin, Masjid Al Huda, masjid utama penduduk Paya Jaras, jambatan Sungai Buloh dan sebahagian Paya Jaras Hulu. 
DH Waypoint mission planner menyiapkan tugasan dengan baik, waktu fly tengahari, angin dah mula deras. 


Memaksimum DH Waypoint-
Nostalgia padang awal belajar terbang 
Taman Setia Balakong
3 model drones aku belajar dan latih fly kat sini. Kali ni cuba buat short aerial tour sekitar taman-taman dengan DH Waypoint. 
Rakaman buat menghargai jiran-jiran dan rakan-rakan di Taman Setia Balakong dan sekitar. 

Masjid Al Ubudiah 
& Kampung Segambut Dalam
DH Waypoint, jarak sampai highway 500m. Kalau kita memandu di highway, boleh lihat masjid serba putih ni tersergam di celah perkampungan asal Segambut Dalam dan pembangunan sekitarnya. 


Jalan2 layan felai  
Tasik Permaisuri, Cheras, Kl
Lama rancang nak felai kat tasik ni. Antara tasik pilihan sekitar KL. Tapi tak pasti bentuk lanskap dan halangan-halangan sekitar taman. Saja jalan2 survey dulu, drone aku bawa sekali, plan dah aku siapkan, cuma perlu ubahsuai bergantung pada halangan sekitar. Langit gelap, hujan macam nak turun. Angin pun kadang deras. Dapat tapak lapang dan selamat untuk mengendali, ubahsuai sikit plan, aku terbang juga guna auto mission planner, pendek saja. Selebihnya aku rakam cara manual flight. Terima kasih rakan2 joggers yang singgah teman layan felai.. 👍😀


Test DH Waypoint
Auto Fly Malam
Fly by keliling pasar malam Paya Jaras. Teruja nak dapat pengalaman waypoint malam. Memang tegang, terutama bila dron berada jauh, guide lampu hijau GPS sahaja, header light dipadam, elak cahaya merah tu masuk lensa. 2 plan, 1 fly around POI, plan 2 - look down. Sebenarnya plan yang sama boleh repeat sebelah siang, kombinasi visual malam dan siang memang menarik. Insya Allah, kita cuba mission plan akan datang. 


DH Waypoint di
Pekan Hulu Langat


Test Jarak Jauh 600m Coverage Radius


Mengabadi kenangan gelanggang awal terbang dron
Taman Impian Ehsan 



First time auto fly ke laut
DH Waypoint - Tanjung Balau

No comments:

Post a Comment