Hari kedua di Desaru 25 Nov 2017
Rakan peniaga di pantai Desaru rekemen aku fly kat pantai Tanjung Balau, 5km ke utara pantai Desaru. 8.30pagi aku dah bersarapan di medan selera Tanjung Balau. Pantai tenang, belum ramai pengunjung. Ada beberapa kumpulan melakukan aktiviti sukan, mungkin peserta-peserta seminar yang menginap di Bayu Balau Beach Resort berhampiran. Berbeza di pantai Desaru, di sini ada disediakan pasukan penyelamat pantai yang memantau keselamatan pengunjung. Aktiviti nelayan di bawah projek KEJORA.
👉 Info lanjut Tanjung Balau
Ada beberapa subjek menarik yang boleh dijadikan Point Of Interest (POI), antaranya landmark batuan pra sejarah yang berusia ratusan juta tahun, jambatan atau titian untuk pengunjung atau peminat arkeologi melihat lebih dekat formasi batuan, jeti panjang khusus untuk para nelayan (batuan di sepanjang pantai menghalang boat atau kapal nelayan berlabuh di pantai), Museum Nelayan, bazar jualan dan padang rekreasi.
Cahaya matahari masih rendah, halangan pokok-pokok purata 15m tinggi, angin masih sepoi-sepoi, sekitar 5-6km/hr. Pengunjung belum ramai, mungkin masih awal. Sabtu merupakan hari bekerja di Johor DT.
Rakaman lanskap sekitar pantai aku gunakan mission plan dari aplikasi DroneHarmony. Jarak keliling sekitar 300m+ sahaja. Pertama kali guna auto flight atas air. Agak gementar juga guna auto pilot masa dron berada 300m tengah laut, altitude rendah semasa merakam batuan unik tu lebih dekat. Sebarang keadaan tak normal, kena sedia untuk ambil alih secara manual. Beza dengan fly secara manual. Alhamdulillah, semua berjalan seperti diprogram dalam mission plan.
Jangan lupa follow blog dan subscribe channel untuk notifikasi fly terkini..
Terima kasih❤️
Subscribe sekarang
Channel You Tube

![]() |
Antara landmark menarik, batuan pra sejarah berusia lebih 200 juta tahun |
![]() |
Titian dan ruang rehat pengunjung dan peminat arkeologi |
![]() |
Jeti panjang |
Ada beberapa subjek menarik yang boleh dijadikan Point Of Interest (POI), antaranya landmark batuan pra sejarah yang berusia ratusan juta tahun, jambatan atau titian untuk pengunjung atau peminat arkeologi melihat lebih dekat formasi batuan, jeti panjang khusus untuk para nelayan (batuan di sepanjang pantai menghalang boat atau kapal nelayan berlabuh di pantai), Museum Nelayan, bazar jualan dan padang rekreasi.
![]() |
Tenang dan damai, tempat rehat yang ideal untuk singgah dalam perjalanan |
![]() |
Muzium Nelayan (Projek KEJORA) Pelbagai info sejarah, aktiviti nelayan dan arkeologi |
Cahaya matahari masih rendah, halangan pokok-pokok purata 15m tinggi, angin masih sepoi-sepoi, sekitar 5-6km/hr. Pengunjung belum ramai, mungkin masih awal. Sabtu merupakan hari bekerja di Johor DT.
Rakaman lanskap sekitar pantai aku gunakan mission plan dari aplikasi DroneHarmony. Jarak keliling sekitar 300m+ sahaja. Pertama kali guna auto flight atas air. Agak gementar juga guna auto pilot masa dron berada 300m tengah laut, altitude rendah semasa merakam batuan unik tu lebih dekat. Sebarang keadaan tak normal, kena sedia untuk ambil alih secara manual. Beza dengan fly secara manual. Alhamdulillah, semua berjalan seperti diprogram dalam mission plan.
Jangan lupa follow blog dan subscribe channel untuk notifikasi fly terkini..
Terima kasih❤️
Subscribe sekarang
Channel You Tube
No comments:
Post a Comment