'Kubah Putih' MASJID AL UBUDIAH Yang Unik

Tiap kali aku menyusuri cerun highway PLUS exit Plaza Tol Duta, mata aku mesti tertoleh ke arah masjid serba putih tersergam di Kg Segambut Dalam ni. Walau di seberang lebuhraya padat dgn kondo-kondo mewah yg cantik molek, tapi mata tetap nak menghayati keunikan masjid Al Ubudiah yang gah dengan 'kubah putih'nya yang menawan. 
Satu hari nanti, aku nak 'tawan' kubah putih tu,  mengabadikan pemandangan aerial dgn drone ku.. 😍

Masjid unik Al Ubudiah berjaya memikat hati
ratusan ribu viewers di Google Map < klik


Alhamdulillah, selepas mengatur temu janji dengan keluarga yg menetap di Kg Segambut Dalam, akhirnya hasrat nak mengabadikan keunikan Masjid Al Ubudiah dari pemandangan udara dipermudah, ditemani anak saudara dan restu ahli keluarga di sini.

Setinggi penghargaan kepada semua yang turut terlibat, insya Allah, ada rezki kita fly lagi, mungkin dari sudut berbeza pula.

 Aerial Tour Kg Segambut Dalam
Masjid Al Ubudiah

No comments:

Post a Comment