Lake Valley - Bandar Tun Hussein Onn


Antara lokasi santai keluarga yang menarik di sekitar Cheras Selatan. Tasik agak luas dan landai. Luas pemandangan.


Track yang sederhana panjang, sekitar 1.5km keliling menjadi tarikan utama joggers pada waktu pagi dan petang, terutama pada hujung minggu.


Selain dari itu, padang permainan kanak-kanak juga disediakan.
Apa yang menarik di sini ialah aktiviti melayan ikan-ikan yang kelaparan menunggu makanan.


Pengunjung yang biasa ke sini akan membawa makanan untuk ikan-ikan tersebut. Juga terdapat sekumpulan merpati yang menunggu makanan dari pengunjung yang murah hati.

  

Sekumpulan burung bangau yang singgah mencari 'rezki' di sini menambah lagi suasana santai di tasik ni. Memancing tidak digalakkan, kebanyakan ikan-ikan di sini merupakan ikan-ikan belaan, kekenyangan diberi makanan oleh pengunjung-pengunjung.

Klik ke Google Map Photos
Lebih menarik pemandangan sunset lewat petang. Waktu ini lokasi taman permainan menjadi tumpuan.

Parking lots juga disediakan, cuma di sini tidak ada sebarang bazar atau medan jualan, makan minum atau keperluan aktiviti riadah di sini seperti makanan ikan, makanan merpati, barangan keperluan kecemasan. Tasik ini dimaklumkan milik pemaju, mungkin mereka nak memelihara kebersihan taman tasik. 

Jom Fly


Ini kali kedua fly kat sini. Sejak Litchi app meragam (video & gimbal lags) memang tak berani nak guna Waypoint Mission Planner nya. Selepas update version, uji beberapa kali, yakin dah ok, plan nak test di lokasi luar pula. Teringat tasik ni lanskap agak lapang dan luas, sesuai untuk ujian Waypoint Auto Flight jarak sederhana.

Kali pertama fly kat sini secara manual jer, guna DJI Go app, dan terlibat minor crash, nanti lapang2 kita kongsi kisah P3s aku crash di sini. Masa tu drone baru, nak timba pengalaman fly di lokasi luar.. 😬Pengalaman guru terbaik! 👍

Sebaik sampai jam 10.30 pagi di lokasi, tetiba jer awan tebal, cahaya agak kelam. Fly juga secara manual jer dulu, utk tengok hasil rakaman. Pengunjung masih ramai, rakam juga beberapa shots, takut nanti semua beredar, tengahri lengang.

Sementara menunggu langit cerah, aku mengeteh dulu kat kedai mamak seberang jalan. Sambil cari ilham melakar mission planner di mobile app.
Mission Plan yang siap untuk auto flight
Sekitar jam 12.00 tghari, langit mula cerah. Terus ke lokasi, cuaca baik, double check laluan misi, kick start, Alhamdulillah, semua berjalan baik, sehingga misi selesai angin kadang deras (gust winds) maklum hari dah mula panas.

Kelebihan Litchi Waypoint feature ni, dia ada option 'Relative to ground' yang tak ada pada app DroneHarmony Waypoint. Relative to ground penting untuk misi penggambaran lanskap yang tidak rata (berbukit). Nanti aku kongsi sedikit sebanyak pro dan kontra 3 app yang aku guna.

Selamat menonton. Happy Flying!! ❤️


Sebarang pertanyaan atau perkongsian balas, sila komen di ruang komen di bawah.

Terima kasih.

*Lake Valley 1 - Jan 2017

No comments:

Post a Comment