Pengalaman pertama felai ke laut


Teruja nak terbangkan drone kat pantai. Pantai Morib lokasi pilihan sebab dekat. Nak test, rasa pengalaman jer dulu.. Cuaca pagi tu tak berapa bagus untuk aerial photo, baru lepas hujan, mendung dan panorama masih berkabus. 


Kabus pagi, jarak panorama terhad

Memang pilih masa awal pagi, sebab waktu antara jam 7pagi ke 10pagi angin masih dibawah 3km/hr. Drone lebih stabil untuk rakaman dan mudah untuk mengawal drone secara manual jika sistem gagal berfungsi dengan baik. 

Saat ketaq giler, total focus.
Jarak 250m, tinggi 89m.

Saat paling 'menyeramkan' ialah bila cuba fly sedikit ke tengah laut untuk mendapatkan panorama pantai yang luas. Penglihatan mata kasar pada drone biasanya sekitar tidak lebih 300m. Dalam 250m memadai untuk 'line of sight', dinaikkan ketinggian setakat diperlukan untuk frame panorama yg baik, juga untuk keselamatan andai berlaku gangguan sistem, ada ruang tindak bawa balik mendarat dengan selamat.


Tak sama dengan pengalaman terbang di tasik, yang mana kita punya pilihan mendarat segera di sekeliling tasik yang paling hampir.

Insya Allah, dengan pengalaman ni nanti, kita akan rakam lagi, waktu puncak, untuk isi subjek aktiviti pengunjung.

Terima kasih sokongan semua.

Aerial footage penuh

No comments:

Post a Comment