DRONE DAN LAGU


Sebahagian koleksi aerial footage aku abadikan dalam video klip lagu, sekadar hiburan. Mohon maaf sebab lagu-lagu kebanyakan lagu orang lama, antara yang aku gemari zaman itu. Ada antara video2 yang teruk, masa tu baru belajar felai, guna dron yang kurang stabilπŸ˜€
Ada footage menarik nanti kita olah yang baru. Moga terhibur.  

Sepanjang Jalan Kenangan - Broery
Lagu ni tak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang dah tiada. Sekadar lagu latar utk kompilasi drone vids sepanjang jalan kenangan menderon.. ✌️😎


Jangan Pernah Berkata Benci - Bob Tutupoli
Antara clip terawal, masih baru dengan drone. Model drone Syma X8W tanpa GPS sistem bina dalam, kamera tanpa gimbal. Insya Allah, nanti kita adun semula dengan footages terkini. 

Lonely Days - The Bee Gees
Video clip ni tak putus viewers, sudah tentu peminat tegar The Bee Gees. Drone footage teruk, sama drone Syma X8W, guna kamera Yi Action Camera, tanpa gimbal. Manual control, masih belajar, tah berapa kali crash drone, tapi tahan lasak πŸ˜€

Keindahan Alam - Atan (Flybaits) 
Terkini. Aku memang suka lagu ni, sesukanya aku menikmati pemandangan alam yang cantik anugerah Ilahi. Lama dah nak adun video untuk lagu ni, tapi belum ada footage yang sesuai.,terutama bab lirik pohon nyior tu..hee. Masa shoot video ni, aku mmg ambil peluang rakam pohon nyiur yang melambai tu, khusus untuk lagu ni..hehe. Semoga peminat lagu Flybaits terhibur.. ❤️Cintai alam


Berita Dari Rantau - Alleycats
Ini lagi satu lagu fevret aku zaman itu. Duk merantau selepas berumahtangga, pastinya ada kerinduan pada kampung kelahiran. Bukannya jauh sangat pun, dalam negeri yang sama, lain daerah jer ✌️😁 kadang nostalgia kanak2 pasti melintas di ingatan, terutama kedua orang tua yg dah tiada. Khusus buat kampung halaman ku, dan rakan2 yg meminati lagu ni.. ❤️


Aku Nak Pulang - A Rahman Onn
Video footage terawal guna P3s. Masa ni tengah teruja fly dan rakam, masih banyak kesilapan pada kamera settings. Lagi footage kampung ku.. 

Ada beberapa lagu Melayu berkaitan kehidupan dan alam yang aku pilih untuk aku gabung dgn footage, tapi tak dibenarkan oleh pemilik lagu tersebut (kena blocked)😒

Maaf footage yang teruk rakaman dari drone terawal, maklum, baru beginner. ✌️


No comments:

Post a Comment