Ke Laut Lagi..

PANTAI DESARU
Kota Tinggi, Johor DT

Pantai Desaru @ Google Map 
Tak pernah ke Desaru. Sejak kecil sering dengar orang cakap pasal pantai Desaru yang menarik. Tengok kat TV atau majalah2 sahaja. Lama dah niat nak ke pantai Desaru, walau kerap juga ke JB, dan melepasi tambak, tapi mind set dah tertanam alasan sejak remaja - 'jauhnya pantai ni, kalau sekadar nak tengok saja, perlu rehat sekurangnya 1 malam, driving jauh2'. Begitu lah alasan yang membatas aku ke sini selama ni.

Tiba-tiba Allah nak beri rezki untuk ke sana, boss mempelawa aku drive dia dan rakan2 menyertai golf tournament anjuran syarikat. Apa lagi, mungkin peluang ni sekali aje datang, Allah makbulkan hasrat aku, so aku pun kemas2 hangkut dron kesayangan aku sekali..😁



Terima kasih rakan-rakan teman berkongsi 

Sampai tengahari, selepas makan tengahari, check in dan solat Jumaat di Masjid Bandar Penawar, aku terus ke pantai Desaru. Aku sangka tentu ramai orang, sebab Jumaat merupakan hari cuti umum di Johor. Jam baru 3.30 ptg, pantai agak lengang, mungkin lewat petang baru ramai pengunjung.

Cuaca mendung, tapi suhu agak panas.  Angin Laut China Selatan agak deras,  lebih kurang 20~25km/jam. Aku nak fly juga, sebab bimbang hujan akan turun; rugi pula dah sampai, tak rakam.. 🤔

Sama macam kat Pantai Remis dulu, aku test dulu GPS Position Lock beberapa ketika, pastikan dron stabil dan mengunci kedudukan GPS dengan baik. Situasi angin deras membatalkan hasrat aku nak fly secara auto (Waypoint Pre-Plan Flight), bimbang juga, maklum risiko fly atas air. Lagi pun tak banyak subjek untuk dikhususkan (Point Of Interest) selain lanskap sekitar pantai dan aktiviti ombak. Resort dan hotel terletak agak jauh, sekali lagi angin deras membatas aku nak fly lebih jauh. Alhamdulillah, dapat juga bawa pulang footage persisiran pantai Desaru yang menarik untuk dikongsi di sini.
Moga terhibur.. ❤️

Drone Phantom 3 Std DJI Go App - Free Fly
24 Nov 2017 3.30pm


Bersambung hari ke-2
Fly di Tanjung Balau




No comments:

Post a Comment