Pekan Batu 14 Hulu Langat

Hulu Langat merupakan kampung kedua ku, selepas kampung kelahiran, Paya Jaras. Menetap di sini sejak 1985 sebelum berhijrah ke Sri Kembangan pada 2007.

Sepanjang menetap di sini, aku bergiat aktif khidmat videografi majlis keramaian, kebanyakan kawasan Hulu Langat, Kajang, Bangi, Cheras dan sekitar Lembah Kelang. 

Teknologi dulu2 - 1985~2002 

Minat dan pengalaman yang dah sebati, tak boleh nak buang. Selepas gantung kamera (2002), cuba aktif balik pada 2011, tapi tak lama. Mungkin faktor usia, tak sanggup dah nak pikul kamera seharian. Lenguh..  ðŸ˜€

Kembali bergiat sekejap 2011

Mula kenal teknologi 'kamera terbang' ni pada 2015, selepas menonton video montage pre-wedding di satu majlis persandingan anak saudara. Terdapat beberapa aerial shots menarik yang menggugat iman aku melihat. 

Pada mula aku sangkakan penggambaran menggunakan kren atau mungkin heli (sbb sepupu aku ni mmg berkemampuan orangnya). Lepas majlis, aku tanya beliau, dia kata guna 'dron'.. Deron?? Aku balik, terus google.. Rupanya drone videografi ni dah mula giat sejak 2012 lagi..

Drone DJI Phantom 3

Sebagai penghargaan kepada warga Hulu Langat khususnya jiran-jiran, sanak famili, pelanggan-pelanggan video yang banyak memberi dorongan, sokongan, bantuan tenaga dan promosi sepanjang terlibat dalam khidmat videografi, abang mie video hadiahkan video aerial view Pekan Batu 14 Hulu Langat ni sebagai kenangan, sebab dulu2 kita tak ada kamera terbang ni..kann? 😀

Insya Allah, ada umur, ada rezki, kita buat rakaman lagi di sekitar Hulu Langat yang terdapat beberapa lokasi menarik.  

Mudah-mudahan. Amiin.


Aerial Tour Pekan Batu 14 Hulu Langat

Klik ke Google Map

SMK Abdul Jalil

*Kepada yang ingin menggunakan footage ini bagi kegunaan komuniti atau pembelajaran boleh download percuma. Sila perkenal diri di ruang komen atau whatsapp di 0176474470.

Semoga manfaat. 

No comments:

Post a Comment