PANTAI REMIS Kuala Selangor

Selepas dapat pengalaman pertama felai ke laut, di Pantai Morib, teruja nak repeat lagi.. Kali ni di Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor.

Plan asal nak felai kat Bukit Melawati, Kuala Selangor tu, tapi duk layan akak-akak aku nak shop kat bazar di sini, tukar plan. ๐Ÿ˜€


Antara aktiviti jadi tumpuan pengunjung kat sini, menikmati makanan seafood dan ikan bakar fresh sekeluarga, bazar jualan aneka makanan dan kain baju, bermain layang-layang, mencari cengkerang juga bersantai menunggu pemandangan matahari terbenam yang menarik. Waktu ini paling sesak dengan pengunjung. Jalan ke tempat letak kereta agak sesak, terutama pada hujung minggu.
Pantai tak sesuai untuk mandi-manda, selut sepanjang pantai boleh dilihat waktu air surut, waktu untuk aktiviti menangkap cengkerang seperti remis, mentarang, kerang dan lain-lain yang banyak terdapat  kat sini.

Lepas lunch seafood di salah satu restoran ikan bakar berhampiran, kami terus ke Pantai Remis. Jam 3.30 petang. Akak2 aku apa lagi.. Terus ke bazar. Biasa lah.. Wanita ๐Ÿ˜€

Angin agak deras, pertama kali nak felai dron dgn angin deras. Rasa macam nak cancel, bimbang juga, maklum orang ramai. Tapi hati kata, alang-alang dah sampai sini, rugi juga tak rakam, sikit pun jadi lah. Kalau niat saja nak felai, memang tak jadi, niat nak rakam, aku beranikan diri juga lah.. ๐Ÿ˜ฌ

Aku yakin Phantom 3s aku mampu melawan angin. Aku test dulu GPS Position Lock di ketinggian 10m beberapa minit, ok.. Cuma kelihatan dron sedikit kerja keras melawan angin tu.. Masa ni aku tak mahir lagi guna intelligent features yang ada, termasuk waypoint. Manual free fly jer yang tahu ๐Ÿ˜Š
Setting kamera pun auto saja, white balance selalu tak betul guna D-Log setting. Footage banyak reddish. Pantai kurang menarik waktu air surut.

Belajar dari kesilapan๐Ÿ‘Œ




No comments:

Post a Comment